PURATA Parcel PER DAY
CEKLAWA
MIRUKU WHITE
WALAWE
IVITA

PENGENALAN SYARIKAT

Cassia Leaf SDN. BHD adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak Oktober 2015 mengikut akta pendaftaran perniagaan 1956 oleh kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah perniagaan yang dijalankan seperti barangan kosmetik, kesihatan dan pengiklanan atas talian.

Sehubungan dengan itu pengiklanan atas talian ini adalah peranan utama sebagai media komunikasi agar masyarakat mengetahui tentang produk yang dikeluarkan oleh Pihak Cassia Leaf Sdn.Bhd.

Dengan semangat antara kekeluargaan yang kami titikberatkan bersama kakitangan kami kepada para pelanggan, perniagaan kami berkembang pesat dan kami mempunyai jaringan pelanggan yang luas serta bertambah maju sehingga hari ini.

PENGARAH URUSAN

Pengarah Urusan Cassia Leaf Sdn. Bhd ini merupakan graduan lulusan Mechanical Engineering daripada Politeknik Seberang Prai. Memulakan kerjaya sebagai seorang jurugambar selama 3 tahun dan kemudian mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan bermula pada tahun 2013 dengan menjual barangan online.

Bermula dari situ beliau mula serius dengan menjual pelbagai jenis produk. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan menjadi motivasi untuk beliau mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Atas kecekalan dan kesungguhan itu, kini Cassia Leaf Sdn.Bhd telah mula mendapat perhatian orang ramai di luar sana dan juga telah menjadi syarikat jualan produk muslim bumiputera di Malaysia.

 

ORGANISASI CASSIA LEAF SDN.BHD

bos-01

Norazammudin B. Azizan

Founder

Menyelaras organisasi secara keseluruhan serta bertindak sebagai pembuat keputusan akhir dalam perniagaan.

kak fatin-01

Siti Fatin Syafini Binti Mat Juhari

Co-Founder

Merangka, membuat perkiraan,  merangka perbelanjaan dan belanjawan serta mengatur strategi kewangan perniagaan secara keseluruhan.

Untitled-3-01

NurFatin Amira Binti Jamil

Manager

Membantu dalam melaksanakan  pengurus kewangan di samping tugas-tugas pengurusan.