KENAPA MIRUKU WHITE?

APA ITU KOLAGEN?

Ramai menganggap kollagen sebagai ibu kepada rahsia kejelitaan dan keanjalan kulit wanita, tapi tahukah anda, kollagen juga sebenarnya mempunyai bahaya tersembunyi.Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat, samada tua, muda lelaki mahupun wanita memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit dalam kadar segera. Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap? Atas saranan siapa yang menggalakkan pengambilan bahan asas ini dalm kuantiti yang terlalu banyak? Pernahkan kita berfikir sebentar, melalui cakap-cakap profesional perubatan ataupun pengusaha produk yang hanya mahukan keuntungan? 
 
Bayangkan jika diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak sekali gus pasti membuatkan kesan sampingan berlaku. Sama seperti pengambilan vitamin C pun hanya dinasihatkan pada kadar 500-1000mg sehari tidak boleh lebih dari kadar itu.Kini mudah terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg samada dalam bentuk sedia diminum, minuman pra campuran mahupun melalui sistem krim sapuan terus ke wajah ataupun tubuh badan, ataupun suntikan yang kini amat popular tetapi sungguh berbahaya.
 
Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak sebenarnya boleh menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang sekali gus menjadi punca utama kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.Ini kerana, kita membebankan organ ini untuk menapis segala lebihan zat sebelum ianya dikeluarkan melalui kencing sekali gus memerlukan kita minum lebih banyak air dan sebenarnya menjadikan badan lebih cepat penat keseluruhannya. Oleh itu. anda buat pilihan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kadar kandungan dan paling utama dapat nasihat pakar dan bukan melalui cakap-cakap orang. 

APA KATA PAKAR MENGENAI KOLAGEN?

 Pakar perubatan, sebenarnya meyarankan, ambil terus dari makanan seperti buah-buah-buahan seperti tomato, badam dan juga madu yang sememangnya semulajadi dan segar. Sama seperti Miruku, Susu Pemutih Miruku, diadun semulajadi dari bahan-bahan diatas .Kebanyakkan mereka tertarik kepada 'perkataan kolagen' dan sanggup membelinya biarpun berhaga ratusan ringgit tanpa memberikan sebarang hasil seperti yang dijanjikan dan lebih bahaya ianya boleh berubah menjadi toksik kepada tubuh badan. Ada juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya seperti merkuri. Memang akan nampak kesan positif dalam sehari dua, tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit keradangan dan seterusnya berlaku kanser. 
 
Dalam satu kajian Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan. "Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul-molekul kecil. Jika diambil secara berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya. Menurutnya juga, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan untuk diguna pakai di sekitar tubuh. Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit manakala lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis. Dalam masa sama kebanyakkan suppliment yang dijual tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil dan bertahan lama. Proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang kerana terus bekerja tanpa henti.
 
Kita juga turut dimomokkan dengan istilah kolagen marin, sebenarnya rumpai laut langsung tidak mempunyai kolagen.  Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.Ini kerana ramai di kalangan kita mempunyai tanggapan kollagen itu, wujud dalam bentuk seperti agar-agar sedangkan ianya adalah protein terhasil dari badan. Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh. Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen. 
 
Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.  
“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya. Sebenarnya keperluan Vitamin C yang mana dimasukkan di dalam Miruku adalah lebih penting kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu dalam pembentukan kolagen dalam tubuh badan. Vitamin C di dalam kurma dan tomato seperti dalam Miruku dapat menghasilkan kembali kolagen kepada badan, lebih penting ianya adalah asli. 
 
 

KESAN ALAHAN KOLAGEN

Antara kesan alahan kepada kolagen ialah kemunculan parut, pengelupasan kulit, menyebabkan bengkak atau lebam serta kemerahan. 
Ramai yang tidak tahu, mereka yang mempunyai masalah cyist dan fibroid pada rahim akan mempunyai kesan buruk jika mereka menggunakan kolagen yang dijual di pasaran. 
 
Penggunaan kolagen juga sebenarnya turut merangsang tumbesaran dan risiko kanser, kerana kolagen mempunyai protien yang akan memberi nutrient kepada sel kanser untuk berkembang. Wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi tidak disarankan melakukan suntikan kolagen, kerana ia boleh menimbulkan komplikasi pada kehamilan ataupun pada kandungan air susu yang diminum bayi. 
 
Pada masa sama, kolagen turut membawa kepada keracunan dan menjadi toksin merbahaya jika ianya tidak membawa keserasian dalam badan, samada dimakan, diminum mahupun dimasukkan secara suntikan. Alahan akan timbul apabila bahan yang banyak digunakan untuk suntikan kolagen berasal daripada jaringan kulit haiwan kerana ia mungkin tidak serasi dengan sel atau tisu badan manusia.

VITAMIN C DALAM MIRUKU PENGGANTI KOLAGEN

 
Berbanding kolagen, tubuh badan lebih memerlukan vitamin C sekitar 1000mg sehari begitu juga dengan wanita hamil bagi mendapatkan kulit yang gebu serta tegang kerana ianya juga amat diperlukan untuk membentuk kulit yang lebih halus dan mulus.Oleh itu, Miruku White telah dihasilkan dengan menggunakan ekstrak bahan semulajadi seperti buah Delima, Kurma, Tomato dan Madu yang mengandungi vitamin C bagi menggantikan fungsi kolagen serta cara pengambilannya dua gelas sehari, dapat menampung keperluan badan setiap hari. 
 
Sebenarnya fungsi pengambilan kolagen luaran juga merbahaya kepada penderita penyakit autoimun. Ini kerana kolagen luar yang tidak dihasilkan dari badan ia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia, terutama apabila menghidap penyakit jenis autoimmune contohnya, systemic lupus erythematous (SLE).Oleh itu, fikir kembali jika anda ingin menambah atau mengambil kolagen luar yang bukan dari tubuh, anda tidak tahu keberkesanannya, lebih baik Miruku buat keputusan untuk anda,  kulit halus, kulit mulus hanya dengan vitamin C. 
1
JUMLAH PEMBACA INFO INI